adakah kamu masih gagah berlari,
pabila sering jatuh berulang kali...
adakah kamu masih teguh berdiri,
tatkala terhumban kebumi...
adakah kamu masih mahu menafikan,
keindahan hadirnya teman-teman...
keriangan yg tercipta,
pabila sama2 menggapai awan...
mengapa kamu masih menafikan kehadirannya,
malah menolak kasih sayangnya...
kamu juga menepis perhatian mereka,
kamu malah menjauh dari mereka...
mereka terluka,
setelah kamu ketawa dan menangis bersama mereka...
atau sebenarnya kamu takut,
kamu takut kehilangannya setelah terbit rasa sayang dalam jiwa,
kamu takut mereka hilang di telan hari2 mendatang...
maka, kerna itu kamu menjauh???
jangan...
terimalah mereka seadanya,
jangan kamu menyesal kerana tidak mencuba...
serahkan segalanya pada Ilahi,
SAHABAT SEJATI membawa ke mati...

Posted by




0 comments:
Post a Comment
p/s: its my pleasure if u leave some comments, so that i can improve mana yg patut, tambah mana yg kurang...enjoy ur reading ^__^v