Assalamulaikum semua...saya ada satu cerita nak share...
Saya ada sorg kawan punya kawan, mahasiswa U*, mengambil kos pengajian Islam. dia nak tinggal di kolej kediaman (dlm kampus) senang nak pergi kelas. nak dipendekken cerita, dia pun jumpala pihak pengurusan kolej nak minta bilik.
"encik, saya nak buat permohonan utk menetap di kolej kediaman ni"
pihak pengurusan kata, "maaf..tak boleh, bilik dah penuh ustat"
pak cik tu pgl dia ustat, sebab dia budak pengajian Islam,dari pakaiannya je pun dah tau...
"kalau macam tu tak pe lah...terima kasih encik."
"ustat! kejap! "
"ye?"
"sbnrnya ada lagi 1 katil kosong dalm blik 2011. penghuni bilik tu sekrg ada 2 org. yg jadi isu srkg, dua-dua pelajar bermasalah. banyak kes dah diorg buat.kalau ustat boleh ubah diorang lg bagus. tp setakat ni tak ada orang lagi yg berani. ustat nak?"
fikir punya fikir..."boleh la..." tak pe la, ni pun dikira salah satu jihad.
sampai je depan pintu bilik, "Assalamualaikum..." ustat beri salam sebelum masuk.
bukak je pintu, Ya Allah! nak gugur jantung. nasib baik sempat sambut.nak tau ada apa dalm bilik tu???
ada shisha 2 batang, cd blues bersepah atas meja.gitar kapok.rokok.
Astaghfirullah...mengucap panjang si ustat ni tadi.
nak dijadikan cerita, ustat ni setiap subuh ngan lepas maghrib ngaji(baca al-quran) dalam bilik.
setiap hari dia akan kejut roomatenya ni bangun subuh,ingatkan solat. solat memamg tak pernah buat la makhluk berdua tu. mula-mula, memang la azab nak ajak diorang ni solat, liat beno! tapi tak pe, sabar...sabar...ni pun dikira jihad. menegakkan agama Allah. pahala banyak.
shisha tu tiap hari memang berasap. tapi si ustat ni tak pulak nak keluar bilik. dia duduk je dalam bilik bertemankan asap2 tebal.
hujung minggu pulak, makhluk berdua tu bawak geng-geng diorang layan 'movie' kat bilik diorang. er~ tak kan ustat nak stay jugak kan... tak mungkin...time tu je ustat akan keluar.
ustat pun ada plan dia... dia akan pasang peringatan dari ayat Al-quran kat dinding bilik. letak jugak kata-kata hikmah, hukuman2 melakukan maksiat.
dan, lama-lama...
"ustat, dah subuh! tak solat ke?" si ustat ni memang gembira tahap dewa la...walaupun diorang ni belum lagi nak solat.==' tak pe, yang penting ada perubahan. pasal shisha, ustat ni bertahan dalam bilik sampai la makhluk berdua tu rasa segan. dan tak isap shisha dlm blik lagi.
sampai satu hari pada waktu malam, ketika orang lain di ulit mimpi, ketika suasana dalam bilik gelap gelita, salah satu makhluk tu pun bertanya,
"ustat, ape akan jadi kat kita kat akhirat nnt ha??"
'yeesss!! ni lah peluang aku!' kata ustat dalam hati. Haaaa....masa ni la ustat masuk jarum, menerobos ke dalam hati2 makhluk berdua tu. menerangkn segala peringatan2 dari Allah. mengingatkan mereka tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka, orang iman dan orang kafir. dan mereka memberi respon yang baik, walaupun pada mulanya memang diorang susah nak terima.
sekarang, Alhamdulillah...seorang dah jadi doktor, sorang lagi jadi arkitek dan hamba Allah sepenuh masa. =)
p/s : moral the story,
1) untuk mengubah orang disekeliling kta espcially family kita, kta sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. kta dulu yg perlu menunjukkan apa itu fardu muslim, bgmna khidupan seorg muslim yg sebenar melalui kelakuan dan tindakan kita.
2) Dont judge people yg agak 'naka'l akan terus' nakal'. tak... mereka boleh berubah. dan siapa yg bertanggungjawab mengubah mereka?? KITA. tak ada orang lain.
3) Luaran kta mencerminkan siapa diri kita.
4) orang yg menolong agama Allah, Allah akan menolongnya.
wallahualam...selamat beramal~ ^_^
Posted by




0 comments:
Post a Comment
p/s: its my pleasure if u leave some comments, so that i can improve mana yg patut, tambah mana yg kurang...enjoy ur reading ^__^v